Monday, 15 December 2014

FUNGSI MAIN TOOLBOX GIMP


GIMP : GNU Image Manipulation Program

PERISIAN GIMP



FUNGSI MAIN TOOLBOX







Sekian, semoga dapat membantu kalian.





TIADA KATA

Okay, assalamualaikum.

Sekian itu sahaja aku a.k.a cikgu BRUTAL (mwaahahahaha) dapat kongsikan. Memang dasar blog aku Dasar Perkongsian.


Selfie pengubat penat di hati. Eh ehh.
Sekian.

CONTOH PENYATA BANK



Sekian, semoga dapat membantu kalian.

CONTOH FORMAT BUKU TUNAI



Sekian, semoga dapat membantu kalian.

CONTOH KUNCI KIRA-KIRA



Semoga, dapat membantu kalian.

CONTOH PENYATA KEWANGAN



Sekian, semoga dapat membantu kalian.

CONTOH IMBANGAN DUGA



Sekian, semoga dapat membantu kalian.

CONTOH FORMAT LEJAR



Sekian, semoga dapat membantu kalian!

CONTOH FORMAT JURNAL AM



Sekian, semoga dapat membantu kalian.

FASA DALAM KITARAN PERAKAUNAN



1) Pengumpulan Urusniaga Kewangan


2) Analisa Urusniaga Kewangan


3) Perjurnalan

4) Pemindahan ke Akaun Lejar

5) Penyediaan Imbangan Duga

6) Penyediaan Penyata Kewangan



Chaiyok chaiyokk! Don't give up! Yess, you can do it!
Mwehehehehehe.

Sekian daripada cikgu BRUTAL.
-.-'


Sunday, 14 December 2014

PERAKAUNAN AWALAN

PENGENALAN:

1.0 ANDAIAN-ANDAIAN PERAKAUNAN


Andaian Entiti Berasingan

 Menurut andaian ini, setiap perniagaan hendaklah diakaunkan secara berasingan dan terpisah dari pemiliknya dan dari entiti-entiti yang lain. 
Andaian Usaha Berterusan
Menurut andaian ini, sesebuah perniagaan akan terus beroperasi pada masa-masa akan datang, dan tidak mempunyai rancangan untuk dibubarkan. 
Andaian Wang Sebagai Unit Ukuran
Menurut andaian ini, semua keputusan kewangan sesebuah entiti akan diukur dalam unit kewangan. Nilai ringgit dan sen diandaikan sentiasa dalam keadaan yang stabil. 
Andaian Ketekalan
Menurut andaian ini, penggunaan prinsip/kaedah perakaunan tidak akan diubah dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain. Andaian ini bertujuan agar prestasi operasi dan kedudukan kewangan perniagaan boleh dibandingkan antara satu tempoh dengan satu tempoh yang lain. 
Andaian Tempoh Perakaunan
Andaian ini menyatakan aktiviti perniagaan boleh dibahagikan kepada tempoh-tempoh tertentu contohnya seperti sebulan, suku tahun atau setahun. Andaian ini membolehkan pengguna-pengguna penyata kewangan mengetahui prestasi operasi perniagaan dan kedudukan kewangan perniagaan sekurang-kurangnya sekali setahun. 




Sekian sahaja perkongsian yang tidak seberapa.


SUBJEK AKAUN PANGERANG JANTUNG

Okay, assalamualaikum.

Siapa yang minat subjek Prinsip Perakaunan? Cepat angkat kening. Motiff? Kita geng wehh! Haha. Tak lawak. 

Okay, aku story sekadar perkongsian. Sebab blog aku memang Dasar Perkongsian. Hahahahahahaaaha. *gelak jahat. Aku ambik subjek ni dari tingkatan 4. Aku memang jenis yang suka mengadap nombor. Tak kesahla satu hari hadap nombor, aku tak bosan. Macam mengadap kartun shin chan. Kau tahu tak kartun ni? Kalau kau tak tahu rugi wehh. Lawak kot citer ni.

Ehhh, okay sambung balikk. Subjek ni SPM aku dapat A je. Tapi aku bersyukur. Bersyukur diberi rezeki yang indah bagi aku.

Post aku sebelum ni aku ada cakap yang aku belajar kat UPSI kan? Kau tak kesah? Sini aku nak kesahkan kau. Loll. Okayy, aku ambik Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Keusahawanan dan Perdagangan. Serius aku cakap, aku suka! Aku bersyukur diberi peluang belajar kat sini. Kegembiraan aku, hanya Dia sahaja tahu. *muka merendah diri.

Okay, aku sambung lagi. Kalau aku ambik kos tu aku jadi apa? Bergantung. Tapi kalau ikut logik, aku boleh jadi guru perdagangan, perakaunan, ekonomi, dan matematik aku rasa. Hahahahahha. Aku pun tak pasti. Tapi aku tetap berdoa suatu hari nanti aku boleh jadi cikgu yang bertanggungjawab dan BRUTAL. Hahaahaha. Okay tak lawak.

Ni dengan classmate aku. Bagi kau orang takde banyak bunyi sangat. Eh ehh.


Sekian.



PENTINGNYA PENDIDIKAN

Okay assalamualaikum,

Pendidikan? Apa itu pendidikan? Penting ke pendidikan dalam hidup? Kau rasa?
Okay, straight to the point. Pendidikan menurut pandangan tokoh Islam, merujuk kepada proses penyatuan semua ilmu pengetahuan di bawah Al-Quran yang menjadi teras pendidikan. Pendidikan memainkan peranan ke arah mewujudkan keseimbangan antara potensi fizikal, intelek dan rohani manusia.


Dasar apa aku tulis? Dasar perkongsian.
Pendidikan tu pada aku penting. Sebab? Wehh, kalau takde pendidikan lumpuhla hidup korang! Ekonomi pun mundur. Cuba kau bayang bila manusia tak tahu mengeja, menulis dan membaca. Bayanggkannn~ Makan pasirla jawabnya. Tak kira rakyat tak kira pemerintah.


Jawabnya, tak membangunla negara. Ibarat rakyat dibawah tempurunglah al-kisahnya. Jadi, aku tegaskan lagi kat sini, pendidikan tu penting wehh! Sebab tu aku sekarang ada di UPSI. Motiff? Sebab aku ingin menjadi pendidik kepada generasi muda yang sudah payah untuk dilenturkan. Lumraahhh~



In Sha Allah, menjadi pendidik yang bertanggungjawab suatu masa nanti.

Sekian.