Sunday 14 December 2014

PERAKAUNAN AWALAN

PENGENALAN:

1.0 ANDAIAN-ANDAIAN PERAKAUNAN


Andaian Entiti Berasingan

 Menurut andaian ini, setiap perniagaan hendaklah diakaunkan secara berasingan dan terpisah dari pemiliknya dan dari entiti-entiti yang lain. 
Andaian Usaha Berterusan
Menurut andaian ini, sesebuah perniagaan akan terus beroperasi pada masa-masa akan datang, dan tidak mempunyai rancangan untuk dibubarkan. 
Andaian Wang Sebagai Unit Ukuran
Menurut andaian ini, semua keputusan kewangan sesebuah entiti akan diukur dalam unit kewangan. Nilai ringgit dan sen diandaikan sentiasa dalam keadaan yang stabil. 
Andaian Ketekalan
Menurut andaian ini, penggunaan prinsip/kaedah perakaunan tidak akan diubah dari satu tempoh ke satu tempoh yang lain. Andaian ini bertujuan agar prestasi operasi dan kedudukan kewangan perniagaan boleh dibandingkan antara satu tempoh dengan satu tempoh yang lain. 
Andaian Tempoh Perakaunan
Andaian ini menyatakan aktiviti perniagaan boleh dibahagikan kepada tempoh-tempoh tertentu contohnya seperti sebulan, suku tahun atau setahun. Andaian ini membolehkan pengguna-pengguna penyata kewangan mengetahui prestasi operasi perniagaan dan kedudukan kewangan perniagaan sekurang-kurangnya sekali setahun. 




Sekian sahaja perkongsian yang tidak seberapa.


No comments:

Post a Comment